Rabu, 14 November 2007

INFO DARI KL BRANCH

Kepada Seluruh Tenaga Agensi Takaful Keluarga, TN

Daripada Ab Latiff Abu Bakar, Ketua Agensi, Mayban Fortis

PENUKARAN CARA BAYARAN SUMBANGAN – DARIPADA ‘STANDING INSTRUCTION‘ (ARAHAN TETAP) KEPADA ‘BANK ACCOUNT DIRECT DEBIT’ (AUTO DEBIT AKAUN BANK)

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Mayban Fortis Holding Berhad akan melancarkan satu program kepada pemegang sijil Takaful Nasional Sdn Bhd yang membuat pembayaran sumbangan sijil melalui ‘standing instruction’ (arahan tetap), untuk menukar cara pembayaran sumbangan kepada ‘Bank Account Direct Debit‘ (auto debit).

Butiran program adalah seperti berikut:

Cara Program dijalankan program dilakukan melalui penghantaran surat kepada pemegang sijil yang membuat pembayaran sumbangan melalui arahan tetap Maybank & CIMB. Surat yang dihantar mengandungi :

a) Surat pemuka – menerangkan tujuan program
b) Arahan / tatacara pengisian borang
c) Borang pembatalan arahan tetap kepada pihak bank
d) Borang arahan Bank Account Direct Debit (Auto Debit)
e) Sampul surat berbayar

Pemegang polisi yang terpilih untuk menyertai program ini dikehendaki untuk melengkapkan borang pembatalan arahan tetap kepada pihak bank dan borang arahan Bank Account

MEMORANDUM
Agency Division Mayban Fortis Holdings Berhad
Direct Debit (auto debit).
  • Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada pihak Takaful Nasional Sdn Bhd dengan menggunakan sampul surat berbayar yang disertakan.
  • Pihak Takaful Nasional Sdn Bhd akan menguruskan pembatalan arahan tetap dan pendaftaran permohonan direct debit (autodebit) dengan pihak bank yang terbabit setelah menerima borang-borang yang telah dilengkapkan.
  • Tempoh Program 5 November 2007 – 31 Disember 2007

Kami berharap para wakil dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menyampaikan butiran program ini kepada pemegang sijil dan bagi membantu pihak pengurusan dalam melaksanakan program ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pejabat cawangan masing masing.

Sekian, harap maklum.

Terima Kasih.