Khamis, 18 Oktober 2007

1. INSENTIF KESEDARAN PENJENAMAAN SYARIKAT 2. INSENTIF LAWATAN KE PHUKET, THAILAND

TARIKH : SEPTEMBER 24, 2007
NO. PEKELILING: 18/2007

KEPADA :
PENGURUS AGENSI KUMPULAN
PENGURUS AGENSI/UNIT
CAREER AGEN
WAKIL/EJEN
S.K. PENGURUS KAWASAN
PENGURUS CAWANGAN


DIKELUARKAN OLEH:
KETUA AGENSI
MAYBAN FORTIS HOLDING BERHAD

OBJEKTIF:
UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA ANGGOTA AGENSI INSENTIF BERIKUT:
INSENTIF KESEDARAN PENJENAMAAN SYARIKAT DAN INSENTIF LAWATAN KE PHUKET, THAILAND

Selaras dengan usaha Syarikat untuk memaklumkan kepada warga agensi Mayban Fortis Holding Berhad mengenai penjenamaan semula Syarikat serta menggalakkan warga agensi meningkatkan perniagaan melalui kutipan sumbangan/premium tahun pertama, Division Agensi dengan ini melancarkan 2 inisiatif seperti berikut:

1. Insentif Kesedaran Penjenamaan Semula
1.1. Tempoh Insentif : Oktober 16 – November 16, 2007
1.2. Kriteria Kelayakan :
a) 5 kes berbayar
b) 10 kes berbayar
c) 15 kes berbayar

1.3. Hadiah :
a) 5 kes berbayar – 1 unit Baju F1
b) 10 kes berbayar – 1 unit Beg Komputer Riba
c) 15 kes berbayar - 1 unit baju F1 & 1 unit beg komputer riba

Syarat-syarat kelayakan
1. Insentif ini dibuka kepada wakil Takaful Nasional dan juga anggota agensi MNI.

2. Kes-kes yang layak adalah yang kes-kes perniagaan baru yang dihantar serta sumbangan/premiumnya dijelaskan dan dikuatkuasakan dalam tempoh antara Oktober 16 hingga November 16, 2007.
3. Pemenang akan hanya layak menerima 1 unit hadiah sahaja (tiada kelayakan berganda)
2. Insentif Lawatan Ke Phuket, Thailand (4 Hari 3 Malam – ‘Free & Easy’)
Butir-butif insentif lawatan ke Phuket, Thailand adalah seperti berikut:
1. Tempoh Insentif : Oktober 16, 2007 hingga 31 Disember 2007
2. Kriteria Kelayakan:
Kategori dan Kutipan Sumbangan/Premium Tahun Pertama
Perniagaan Baru (NFYCC/NFYCP)
- Wakil/Ejen Baru (Rookie) = RM10,000
- Wakil/Ejen = RM12,000
- "Career Agent" = RM15,000
- Pengurus Agensi/Pengurus Unit = 3 Wakil/Ejen yang layak = 1 Tiket
- Pengurus Agensi Kumpulan = 6 Wakil/Ejen yang layak = 1 Tiket

Syarat-syarat kelayakan
1. Hanya perniagaan baru yang di hantar bermula Oktober 16, 2007 sehingga Disember 31, 2007 sahaja yang akan di ambil kira.

2. Kelayakan Kutipan Sumbangan/Premium Tahun Pertama adalah untuk jualan peribadi sahaja.

3. Purata Saiz Kes (average case size) mestilah RM1,200 ke atas
4. Tiada kelayakan berganda untuk insentif ini.
5. Setiap ketua unit/agensi dihadkan untuk memenangi 2 tiket sahaja (1 untuk jumlah perniagaan unit/kumpulan dan 1 untuk jualan peribadi)
6. Terbuka kepada semua wakil TN dan anggota agensi MNI yang berdaftar sahaja.

Kedua-dua insentif ini diharap dapat menggalakkan anggota agensi untuk mempertingkatkan aktiviti urusniaga perniagaan baru Takaful dan juga Insurans Hayat dengan memberikan tumpuan kepada kes-kes berbayar dengan purata saiz kes sumbangan/premium RM1,200.00 setahun serta pada masa yang sama sebagai pendorong kepada usaha agensi untuk bekerja sebagai satu pasukan.
Semua anggota agensi adalah digalakkan mengambil peluang ini serta memenangi beg komputer riba, baju F1 serta tiket lawatan ke Phuket, Thailand.
"Selamat Maju Jaya dalam Penjualan"

Sekian terima kasih.
"Partnership For Growth"
Yang benar,

(Dokumen Asal Ditandatangani)
__________________________
AB LATIFF ABU BAKAR
Ketua Agensi
Mayban Fortis Holdings Berhad

c.c. En. Chai Koh Min - Ketua Agensi Insurans Hayat
En. Mohd Jafni – Ketua Agensi Wilayah Tengah, Sabah & Sarawak
Puan Zainiyah Ahmad - Unit Perniagaan Baru
Ketua – Pengurusan Cawangan
FT